Casual Uniform F1 / Baju korporat - Creeper Boutique

Wednesday, 7 September 2016

Casual Uniform F1 / Baju korporat

WAWASAN, VISI & MISI CREEPER CREATIVE


Wawasan Syarikat
Mencipta jenama yang terkemuka dengan memperkenalkan produk berasakan pakaian yang berkualiti serta bermutu tinggi. Seterusnya dikenali melalui komitmen kami dalam kualiti produk & perkhidmatan yang disediakan.

Misi Syarikat
Creeper Creative berusaha menjadi sebagai sebuah syarikat pengeluar & membekal pakaian yang berdaya saing serta mampu bersaing dalam dunia perniagaan global. Sentiasa mengikut perkembangan teknologi terkini dari segi pengeluaran dan pemasaran serta peka dengan kehendak pelanggan. Kawalan kualiti produk menjadi keutamaan agar mendapat kepercayaan pelanggan serta memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

Matlamat Syarikat
Memonopoli pasaran industri pakaian seluruh Malaysia & antarabangsa. Komitmen kami sebagai salah satu syarikat yang mengeluarkan pakaian dengan hasil jahitan yang berkualiti secara konsisten dan berterusan.

Latar Belakang Syarikat
Creeper Creative ditubuhkan pada 19 November 2008, bermula operasi di Damasara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Creeper Creative merupakan syarikat milik l00% bumiputera yang diuruskan oleh Encik Mohd Fadzil Aripin. Kini Creeper Creative beroperasi di Taman Ehsan, Kepong untuk mengemaskinikan urusan syarikat dan meningkatkan lagi pengeluaran pakaian. Creeper Creative berkembang pesat sehingga mampu mengeluarkan produk berasakan pakaian yang serba lengkap. Hal ini sekaligus memantapkan lagi pengurusan pengeluaran dan perkhidmatan pelanggan.
Berbekalkan pengalaman dalam bidang merekabentuk dan pengeluaran pakaian, Creeper Creative mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja, t-shirt, seluar, jaket, dan sebaigainya.
Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama Creeper Creative ditubuhkan. Oleh yang demikian Creeper Creative ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

Jenis Perniagaan
PENGELUAR PAKAIAN DAN BARANG BERASASKAN FABRIK
Mengeluar dan membekal:
  1. Pakaian Seragam 
  2. Kemeja Korporat 
  3. T-shirt
  4. Polo-shirt
  5. 'Wind-breaker'
  6. Jaket Teknician & Executive
  7. Seluar dan lain-lain.
Kami juga menerima tempahan cetak 'Nama', 'Logo' dan 'Slogan'.
  1. Sulaman
  2. Cetakan baju 'silk screen'
  3. Heat transfer

Creeper Creative Team
03 6148 0154


NO.GST 001108025344

Creeper Creative Showroom & Factory

No 42 A, Jalan PJU 10/10D,
Saujana Damansara,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor.
 03 6148 0154 / 03 6143 5225


Contact Person
 Mr Fadzil : 017 301 7786


No comments:

Post a Comment